AnTaRa SaTrIa dAn sAtRiA NeO

Proton Satria adalah model kereta hatchback 3 pintu keluaran Proton. Generasi pertama Proton Satria adalah berasaskan model Mitsubishi Mirage Cyborg, dikeluarkan pada tahun 1995 sehingga tahun 2006. Generasi kedua pula yang dikenali sebagai Proton Satria Neo adalah rekaan Proton sendiri, dikeluarkan pada tahun 2006 sehingga sekarang. Nama Satria yang bermaksud “pahlawan diraja” dalam Bahasa Melayu dipilih bagi menampilkan rasa sporty bagi kereta ini.

th (5)

Model generasi pertama Proton Satria boleh didapati dalam pilihan enjin 1.3L, 1.5L, 1.6L dan 1.8L. Model 1.3L dan 1.5L menggunakan enjin Mistubishi Orion yang turut digunakan dalam Proton Saga dan Proton Wira manakala model 1.6L pula menggunakan enjin Mitsubishi 4G9 yang juga digunakan pada Proton Wira 1.6L. Semua model didapati dalam pilihan transmisi manual manakala pilihan transmisi automatik pula didapati pada model 1.5L (3 kelajuan) dan 1.6L (4 kelajuan).

Selain itu, varian sports bagi generasi pertama Proton Satria juga boleh didapati iaitu:-

  • Proton Satria GTI: Hatchback sport 3 pintu. Merupakan percubaan Proton untuk mengeluarkan versi sport dan market hatchback berkuasa tinggi,keluaran tahun 2002. Amat popular di Malaysia dan mempunyai pengikut yang ramai di Australia. Digerakkan oleh enjin 4G93 berkuasa 4 silinder 1.8 liter DOHC.
  • th (6)
  • Proton Satria R3: Merupakan versi terhad spek perlumbaan untuk Satria dengan hanya dikeluarkan sebanyak 150 unit. Merangkumi kerangka chasis ringan dan enjin 4G93 yang ditala semula.
  • th (7)

Leave a comment